Senja

Puisi Derek Walcott

Waktunya akan datang
ketika, dengan kegembiraan
Anda akan menyambut sendiri ketibaan Anda
di depan pintu Anda sendiri, di cermin Anda sendiri
dan berdua akan masing-masing
saling tersenyum menyambut,
dan berkata, duduklah di sini. Makanlah.
Anda akan mencintai lagi orang asing
yang sebenarnya adalah diri Anda sendiri.
Berikan anggur. Berikan roti.
Berikan kembali hati Anda
untuk diri Anda sendiri, untuk orang asing
yang telah mencintai Anda,
sepanjang hidup, orang yang Anda abaikan
untuk yang lain, yang mengenal Anda sepenuh hati.
Turunkan surat cinta Anda dari rak buku,
foto-foto, coretan keputusasaan,
kupaslah gambar Anda dari cermin.
Duduk. Berpestalah untuk hidup Anda.

Advertisements